Anugerah
Senarai Anugerah INDES 2025
Bilangan anugerah yang dipertandingkan adalah sebanyak TIGA (3) anugerah, iaitu:
i. Anugerah Emas, Perak dan Gangsa beserta sijil penyertaan.
ii. Anugerah Best of the Best Mengikut Kelas Penyertaan : Wang tunai, pingat dan sijil
iii. Anugerah Pemenang Keseluruhan INDES 2025 : Diamond Awards beserta sijil
iv. Anugerah Inovasi Antarabangsa : Hadiah wang tunai beserta pingat dan sijil penyertaan
Anugerah Emas, Perak
& Gangsa
(Pingat Beserta Sijil Penyertaan)
(Pingat Beserta Sijil Penyertaan)
Penganugerahan ini akan diberikan kepada semua peserta iaitu peserta dalam negara dan antarabangsa.
Anugerah Best of The
Best
(Kelas Penyertaan)
(Kelas Penyertaan)
Penganugerahan penyertaan paling terbaik akan diberikan kepada TIGA (3)
Pemenang anugerah ini akan diberikan wang tunai (berdasarkan kelas penyertaan), pingat dan sijil penyertaan.
Anugerah ini tidak ditawarkan kepada peserta antarabangsa dan hanya untuk peserta dalam negara sahaja.

Anugerah Khas
Diamond (Pemenang Keseluruhan INDES
2025)
Penganugerahan pemenang anugerah keseluruhan pertandingan INDES 2025 akan diberikan kepada satu penyertaan yang berjaya mendapat markah penilaian paling tinggi untuk dianugerahkan Pingat Diamond berserta wang tunai dengan sijil penghargaan.
Anugerah ini tidak ditawarkan kepada peserta antarabangsa dan hanya untuk peserta dalam negara sahaja.

Anugerah
Inovasi Antarabangsa Terbaik
(Best International Innovation Award)
Penganugerahan pemenang anugerah keseluruhan pertandingan INDES2025 akan diberikan kepada satu peserta yang berjaya mendapat markah penilaian paling tinggi dikalangan semua peserta antarabangsa untuk dianugerahkan Pingat berserta wang tunai dengan sijil penghargaan. Anugerah ini hanya untuk peserta antarabangsa sahaja.

Penerbitan
Kesemua penyertaan akan mendapat satu penerbitan digital percuma-extended abstract dengan pendaftaran E-ISBN.

